03 November 2012

KEBAIKAN MANDI SONGSANG



Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala.Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut .Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah . Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.Jadi, apa itu mandi songsang? 
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN – (INSYAALLAH)!
 1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.

2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Melancarkan perjalanan darah.
6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
7. Meninggikan daya ingatan.
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11. Memiliki daya ketahanan mental.
12. Menambahkan semangat berani.
13. Menguatkan gigi dan gusi.

14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan.



KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


dipetik dari blog: nizarazu.com

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
3. Meningkatkan kesuburan
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
6. Meningkatkan sel darah putih